Jumaat, 21 Jun 2019

majlis sambutan Aidilfitri * * ppld gabungan & persilatan *


majlis sambutan Aidilfitri  PPLD gabungan persilatan pada 15.6.2019

semoga ukhwah dan silaturahim sesama kita kekal hingga ke akhir hayat inshaallah .
saya YDH PADUKA AYAHANDA SYAM  selaku pegrusi ppu1m wilayah utara megcapkan terima kasih kerana menjemput kami ke majlis sambutan Aidilfitri PPLD gabungan & persilatan 




                                                     













Isnin, 3 Jun 2019

LEGASI PPU1M & 369




                                                                                                                           


LEGASI PPU1M & 369

. DIBAWAH PADUKA AYAHANDA KEHORMAT 
 DDY BRO 






BERSANTAI BERSAMA 

PADUKA AYAHANDA KEHORMAT (PPU1M & 360 )
DDY BRO BERSAMA PADUKA AYAHANDA SYM
(PRESIDN PPU1M WILAYAH UTARA)




BARISAN  AYAHANDA ,KEKANDA 2 ,ABG LONG 2 .PPU1M WILAYAH UTARA BERSAMA
PADUKA AYAHANDA KEHORMAT 
( PPU1M & 369 ) 


.






















Selasa, 28 Mei 2019

ANUGERAH TOKOH NGO ISLAM BERBAIAH


Kenangan terindah dimajlis ANUGERAH TOKOH NGO ISLAM BERBAIAH kali ke3 di Hotel Perdana pd 13/1/2018











Isnin, 27 Mei 2019

PERUTUSAN PERTUBUHAN


PERUTUSAN PERTUBUHAN

ASSALAMUALAIKUM WBT .DENGAN LAFAZ BISMILLAH SEBAGAI PEMBUKA BICARA,KAMI MEWAKILI PERTUBUHAN PENYATUAN UMMAH 1 MALAYSIA (NGO) PPM-035-06-17102016 SETELAH MENDAPAT MANDAT DAN IZIN DARI PRESIDEN PPU1M .DENGAN INI KAMI MENJEMPUT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERUMUR 18 TAHUN KEATAS YANG SUDAH BERBAI'AH ATAU BELUM BEBAI'AH DI ALU ALU KAN UNTUK MENYERTAI PPU1M BAGI MENGERATKAN PERPADUAN BERBILANG BANGSA MENGUKUHKAN  EKONOMI SESAMA KITA SERTA MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA ISLAM DAN MENGUATKAN LAGI UKHWAH FILLAH (AL QURAN DAN SUNNAH MENJADI PANDUAN HIDUP)PPU1M JUGA SENTIASA MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN 






YM PADUKA AYHANDA  SYM
PRESIDEN PPU1M WILAYAH UTARA
PENASIHAT PPU1M 


AYHANDA OTHMAN BAHARI
          BARAT DAYA
















Tentang 313

 Tentang 313 dan baiah fisabilillah


Jika 313 merujuk kepada Surah 3, ayat 13: Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah) dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya).Al-Imran ayat 13 Maksud surah Al-Imran ayat 13 amat sesuai sekali dengan isu semasa di Malaysia ini.

Jika 313 merujuk pula kepada Surah 31, ayat 3: Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik.-Surah Luqman ayat 3

BAI’AH fi SABILILLAH

BAI’AH fi SABILILLAH

Bai’ah merupakan suatu sumpah atau janji yang dibuat oleh seseorang untuk memberi sepenuh ketaatan dan kesetiaan, kepada amir atau ketuanya. Berbai’ah adalah harus selama sumpah dan janji dalam bai’ah tersebut tidak melanggar Hukum Syarak. Sejarah bai’ah pertama berlaku sebelum hijrah Nabi s.a.w, iaitu pada tahun ke-12 selepas kerasulan Nabi (621M). Satu rombongan dari Yathrib (Madinah) yang terdiri dari 12 orang iaitu 10 orang dari kabilah Aus dan 2 orang dari kabilah Khazraj telah datang menemui Rasulullah s.a.w. di lembah Aqabah, Mina. Mereka telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w dengan suatu bai’ah yang dikenali dengan Bai’ah al-Aqabah.

Menurut sebuah hadith sahih riwayat Imam al-Bukhari, bahawa ”Dari Ubadah bin al-Samit r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami ketika ia dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya “Berbai’ahlah (berjanji setia) kepadaku bahawa kamu tidak menyekutu Allah SWT dengan sesuatu yang lain, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kamu, tidak berbohong yang sengaja diadakan sama ada pada dirimu atau orang lain dan jangan kamu derhaka dalam perkara baik. Maka sesiapa yang setia dikalangan kamu maka ganjarannya di sisi Allah, dan sesiapa yang terkena kepadanya amalan-amalan buruk lalu ia menerima tindakan hukuman di dunia maka menjadi kifarah baginya. Sesiapa yang terkena kepadanya dengan mengerjakan perkara-perkara itu kemudian Allah SWT melindunginya dari diketahui oleh orang di dunia ini maka tersershlah kepada Allah. Jika Ia kehendaki nescaya diampuni-Nya dan jika Ia kehendaki nescaya dihukumNya lalu kamu pun berbai’ah di atas perkara ini.”

Rombongan ini bukan sahaja melafazkan ikrar dua kalimah Syahadah, malah berakujanji menerima segala hukum hakam Islam yang menjadi asas penting bagi pembinaan individu dan masyarakat Islam, dari aspek aqidah, akhlak dan perlaksanaan Islam di dalam semua bidang, menolak segala perlakuan di zaman Jahiliyyah. Selepas Bai’ah Aqabah ini, Baginda s.a.w telah mengutus Mus’ab bin Umair r.a mengiringi kepulangan rombongan ini ke Madinah, bertanggungjawab sebagai guru, imam dan pendakwah, mengajar al-Quran dan ajaran-ajaran Islam yang lain kepada penduduk Madinah.
Pada musim haji tahun berikutnya (622M), sejumlah 70 orang lelaki dan 2 orang wanita (Nusaybah binti Ka’ab dan Asma’ binti Amru bin Udiy) telah sekali lagi bertemu Rasulullah s.a.w di lembah Aqabah dan melakukan bai’ah terhadap Rasulullah s.a.w. Rombongan kedua ini disertai oleh wakil daripada kabilah masing-masing, termasuk kabilah Aus dan Khazraj.

Butir-butir bai’ah tersebut sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, sabda Nabi s.a.w :- "Dengar dan patuh sama ada semasa rajin atau malas, sanggup mengeluarkan belanja semasa susah atau senang, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran, menegakkan tanggungjawab Allah tanpa menghiraukan celaan orang yang mencela, menolong aku apabila aku datang kepadamu dan mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri, isteri dan anak pinak kamu. Dan untuk kamu balasannya syurga."

Bai'ah Aqabah kedua ini dikenali sebagai Bai'ah Aqabah Al-Kubra yang berlangsung dalam suasana penuh perasaan cinta, kesetiaan, belas kasihan, tolong-menolong, kepercayaan, keberanian dan nekad untuk berjuang di kalangan orang Mukmin.
Baiah Ridhwan (Bahasa Arab:bayʻat al-riḍwān) berlaku pada tahun ke-6 Hijrah (628 M) ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersama 1600 atau 1400 orang sahabat dari Madinah menuju kota Makkah di musim Haji. Dalam perjalanan ke Makkah, rombongan Islam disekat oleh orang kafir Quraisy di Hudaibiyah kerana:

Orang kafir Quraisy bimbang dengan kekuatan orang Islam
Orang kafir Quraisy terasa maruah mereka tercabar.

Rasulullah menghantar Uthman bin Affan untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka. Khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan menyebabkan orang Islam berbaiah (ikrar taat setia) kepada Rasulullah untuk berjihad memerangi orang Quraisy.
Orang Quraisy yang berasa bimbang dengan kekuatan umat Islam lalu membebaskan Uthman menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w. dengan itu, termenterailah Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi Muhammad s.a.w. (pihak Islam) dengan Suhai bin Amru (orang Quraisy).

Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangani Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji .
Apabila pihak Musyrikin mendapat tahu hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.
Uthman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".
Persoalan yang besar, ramai yang mempertikaikan persoalan Baiah Bersanad. Insya Allah, dalam ruangan ini, saya akan cuba menerangkan isu sanad dan pemahaman terhadap sanad.
Isnad atau sanad, satu makna sama., ini kerana isnad juga menyambungkan hadis kepada pengucapnya, sebagaimana pengistilahan ahli hadis. Ibnu Jamaah (wafat 733H) menyebut; sanad ialah perkhabaran terhadap jalur (meriwayatkan) matan iaitu hadis kerana sanad adalah menyambungkan/ menyandarkan perkataan/ matan kepada pengucapnya iaitu perawinya (al-manhal ar-rawi, ms 29-30)

Kepentingan sanad:
Konsep penyampaian agama pada asalnya ialah secara talaqqi, iaitu berjumpa secara direct untuk mengambil urusan agama ini dan mempelajarinya. Sepertimana wahyu turun dari Allah kepada Nabi SAW melalui perantaraan Jibril AS atau tanpa perantaraan, kemudian sahabt talaqqi wahyu dan urusan agama dari Nabi SAW, selanjutnya proses pemindahan/ penyebaran agama dilakukan dengan cara ini kepada generasi seterusnya (rujuk, Ilmu ar-Rijal, Dr Muhd Matr Zahrani, Universiti Madinah, m/s 14). Ini disokong oleh hadis dari Abu Daud, Kitab al-‘Ilm, Bab Kelebihan menyebarkan ilmu (pengetahuan dan agama), hadis no 3659 dengan perakuan sanad sahih oleh al-marhum Syeikh Ahmad Syakir, lafaz hadis:

Perdengarkanlah (kalian) dan diperdengarkan dari kalian dan (selanjutnya) diperdengarkan oleh sesiapa yang mendengar dari kamu Dalam Mukadimah Sahih Muslim (1/15), Imam Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Sirin rahimahullah, “Isnad itu sebahagian dari agama, jika tidak kerana isnad, maka sesiapa akan berkata apa saja yang dikehendaki (dalam urusan agama tanpa ilmu mendalam tentangnya)”. Sama seperti sebelumnya (1/140, “Isnad itu sebahagian dari agama, maka lihatlah siapa kalian mengambil/ mempelajari urusan agama kalian”- Ibnu Sirin. Ibnu Hibban menukilkan dari Sufyan at-Thauri dalam Mukadimah Majruhin (orang yang ditolak periwayatan hadis), 1/27: “Isnad adalah senjata bagi orang beriman, jika tanpa senjata, bagaimana dia mempertahankan diri?”

Paling best, dari Abu Hatim ar-Razi (wafat 277H) dalam kemuliaan orang-orang hadis, m/s 42-43, “Tiada umat dari umat-umat (sebelum ini) sejak Allah Taala menciptakan Adam, (wujudnya) para pemegang amanah yang menjaga kesan peninggalan rasul2 kecuali (ada) pada umat ini (iaitu umat Muhammad SAW)”.
Apakah tiada bukti isnad dipersoalkan dari zaman sahabat? Apakah ia rekaan baru selepas kurun sahabat dan Nabi SAW?
Jawapan, ada..buktinya, riwayat dari Imam az-Zahabi dalam Tazkiratul Huffaz (1/2), kisah pada zaman Abu Bakar radhiallahuanhu apabila seorang wanita tua/ nenek datang (kepadanya) mengenai masalah pembahagian harta pusaka, lalu bertanya, “Aku tidak menemui dalam kitab Allah (Al-Quran), atau mengetahuinya dari Rasulullah SAW menyebut apa-apa (mengenai formula pembahagian harta untuk wanita tua/ nenek), lalu orang lain mula mempersoalkannya..Mughirah (sahabat) bangun, “Aku melihat Rasulullah SAW membahagikan (kepadanya) seperenam (dari pewarisan harta), lalu Abu Bakar bertanya, ada sesiapa bersamamu (menyaksikan perkara itu)?, Muhammad bin Maslamah mengakuinya akan kisah itu (kebenaran) lalu Abu Bakar memberikannya (kepada wanita tadi jumlah seperenam)..Kisah ini dinukilkan dalam Mukadimah Majruhin (1/38), “Ini merupakan bukti awal penyemakan terhadap (keadaan) perawi mengenai periwayatan serta mencari akan pemindahan (maklumat) dalam (suatu) perkhabaran, kemudian (langkah ini) dituruti oleh orang lain selepas (zaman) itu”.

Penyemakan sanad menjadi lebih teliti apabila zaman fitnah muncul pada masa Abdullah bin Saba’ seterusnya ke zaman bertebarannya hadis-hadis palsu dalam masyarakat Islam ketika itu. Hinggakan fitnah terlalu banyak lalu Ibnu Sirin menyebut: “Sebelum ini (iaitu sebelum zaman fitnah) tidak pernah bertanya tentang isnad, apabila melandanya fitnah, lalu ditanya, sebutkan kepada kami nama perawi-perawi kalian, maka dilihat pada ahli sunnah (yang sebenar) lalu perkataan mereka diambil/ diterima, apabila melihat pada ahli bid’ah, maka tidak diambil perkataan mereka.” (Mukadimah Sahih Muslim, 1/15)

Orang terawal menyemak sanad seperti dalam Syarah ‘Ilal Tirmizi oleh Ibnu Rajab (1/52) ialah Ibnu Sirin, sepertimana riwayat dari Ya’kub bin Shaibah menyebut: “Aku mendengar Ali bin al-Madini berkata, Muhammad bin Sirin merupakan orang yang melihat (dengan teliti) dalam hadis dan meneliti (iaitu menyemak) terhadap isnad, dan kami tidak mengetahui (orang) lebih awal darinya.” Ini merupakan ringkasan terhadap kepentingan sanad. Proses ini adalah aplikasi menjaga kesahihan fakta agama khasnya hadis dari Nabi SAW. Keperibadian perawi amat ditekankan kerana hanya orang yang amanah lagi dipercayai, yang diterima perkhabaran dan periwayatan hadis dari mereka. Ini bagi mengelak berlakunya penipuan dengan menyandarkan sesuatu atas nama Nabi SAW.
Oleh itu, aspek ini cukup ditekankan dalam bab menyampaikan ilmu berkaitan agama agar menjamin orang yang menyampaikan ilmu agama itu mempunyai akhlak yang setara dengan apa yang diucapkannya disamping memelihara ketinggian mutu ilmu agama dengan keperibadian mereka sebagai pemacu pemindahan ilmu agama dari generasi terdahulu khasnya dalam membawa perkhabaran dari Nabi SAW.

Antara penyebab hadis jadi dhaif adalah kerana sifat perawinya dan perihal akhlak. (bukan jahat, tapi kurang manis). Persoalan kita, bagaimana seseorang yang menganggap dirinya sebagai ahli berbaiah yang menyatakan diri mereka Pejuang Agama…tetapi melakukan perkara yang dilarang oleh ALLAH SWT. Bagaimana dengan solat dan rukun Islam yang wajib atas diri kita? Bagaimana larangan terhadap perkara-perkara mungkar seperti pemakaian gelang dan rantai?
Huraian diatas berkaitan hadis. Boleh kita gabungkan dengan perihal Baiah Bersanad. Ini bermakna, wajib atas diri kita mengambil dan berbaiah dengan guru ataupun pemimpin yang mursyid serta bersanad yang bersambung sehingga ulama’ – ulama’ besar dan bersambung kepada Nabi SAW. Di sinilah, bermulanya pertikaian. Saya tidak berhasrat untuk mempertikai mana mana Majlis mahupun pemimpin sedia ada. Siapa lah saya untuk membincangkan isu yang besar ini, namun….ingatlah! Setiap perkara yang kita lakukan, tidak akan terlepas walaupun hanya sebesar ZARRAH.
Kesimpulan, baiah bukan suatu perkara yang boleh dipermainkan dengan bayaran dan juga harta jutaan ringgit. Baiah juga tidak menjamin kesejahteraan hidup kita melainkan AKAN MELAKNAT diri kita yang gagal melaksanakan apa yang telah di”akujanji”kan kepada ALLAH SWT dengan penuh rendah diri serta hati yang ikhlas. Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap

(11)

SALAHSILAH PERJUANGAN 30 & 36

SALAHSILAH PERJUANGAN 30 & 36

RAHSIA YANG SEBENAR ?Sebelum kita mengupas dengan lebih lanjut mengenai siapakah sebenarnya Tentera Merah 36 , ada baiknya kita mengetahui terlebihdahulu sanad perjuangan 30 yang dibawa oleh Allahyarham Bung Isa di Tanah Air Malaysia , bumi tercinta kita.Apabila kita bertanya pada sesiapapun ahli jemaah atau mana-mana Ayahanda tentang siapakah yang mengasaskan perjuangan 30 di Malaysia ini , maka jawapan yang diberikan oleh mereka tidak lain dan tidak bukan , pasti mereka akan menyebut nama Allahyarham BungIsa. Sekarang kita mencari pula jawapan , siapakah yang menerima Bai’ah dari Bung Isa ? Jika benar perjuangan ini bersalsilah atau bersanad sehingga ke atas tangan Rasulullah S.A.W , sudah tentu Bung Isa juga menerima sanad perjuangan ini dari atas tangan ke atas tangan. Jadi , siapakah yang menjadi Khalifah beliau atau diistilahkan dengan panggilan “Ayahanda” pada zaman ini ?Orang itulah yang bernama SYEIKH YUSUF yang sebenarnya membawa perjalanan Jihad yang dikenali sebagai TENTERA YASIN 36 yangterdiri daripada salah satu pasukan yang tersimpan dalam perjuangan 1440 bersalsilahkan Syeikh Muhammad Ali. Sebab itulah ,Allahyarham Pak Long Burung menggunakan nombor 36 dan bukannya 360 seperti nombor asal “kongsi” yang diperolehinya dari Taiwan setelah Allahyarham Pak Long Burung menerima nasihat dan teguran dari Khalifah Sultan 1440. ( Sejarah ini hanya diketahui oleh beberapa“ orang kanan “ Pak Long Burung yang kini terkenal di seluruh Malaysia , iaitu J dan G cubalah cari mereka dan bertanyakan tentang halini ).Sekarang kita balik kepada persoalan , siapakah dia Tentera Merah 36 itu ? Yang dimaksudkan dengan Tentera Merah 36 itu , adalah Tentera-Tentera Islam yang diketuai oleh Syeikh Abu Hasan Ali Asy Syadzili iaitu pengasas kepada perjuangan Jihad 1440 semasa tercetusnyaPerang Salib siri ke 7 , 8 dan 9 ( setengah buku sejarah hanya terdapat hingga siri ke 7 sahaja ). Merah itu membawa maksud “Darah” ,iaitu kesanggupan tentera-tentera Merah ini menggadaikan nyawa untuk berperang sehingga ke titisan darah terakhir untuk menentangkaum Kuffar. Hanya ada dua sahaja di dalam otak Tentera-tentera Islam di kala itu , iaitu MENANG ATAU SYAHID. Syahid di sini membawa maksud terkorban dan titisan-titisan darah itu yang membawa maksud Merah. Sebab itulah dikatakan TENTERA MERAH , manakala 36membawa maksud Surah ke 36 dalam Al-Qur’an iaitu surah Yaasin yang mana di dalam perjuangan 1440 ini , salam pengenalannya adalah SALAM YAASIN. Begitu indahnya perjuangan Islam ini jika kita mengetahui kebenarannya.


BAB 2 : KAITAN NOMBOR 36 ANTARA PERJUANGAN ISLAM DENGAN “KONGSI”Ini merupakan satu tajuk yang amat mencabar minda kita untuk berfikir , namun KEBENARAN tidak pernah tertutup kerana janji Allahuntuk memeliharanya. Sebelum kita mengupas dengan lebih mendalam lagi tentang soal 36 ini , mari kita buka sejarah KONGSI terlebihdahulu yang sering diertikan dengan Kongsi Gelap atau Gangsterisme yang dipelopori atau diasaskan oleh Kaum Cina satu ketika duluPergerakan kongsi gelap di Malaysia diketahui bermula di negeri Perak.Ia bermula apabila pergaduhan dua puak pekerja di sebuah kawasanbijih timah membabitkan kumpulan Ghe Hin dan Hai San di bawah pimpinan kapitan Yap Ah Loy.Akibat dari peristiwa ini pemimpin Melayudi Perak terpaksa meminta campurtangan dari kerajaan Inggeris di Perak.Pergerakan kongsi gelap yang dibawa oleh pendatang Cina di Malaysia ketika itu adalah sama dengan pergerakan mereka di tanah besarChina.Berkata mengenai sejarah kongsi gelap cina ini sejarah mereka bermula di China pada tahun 1674.Lima orang sami yang terselamatdari pembunuhan kerajaan Manchu telah bersumpah disebuah tokong dihadapan dewa kekayaan yang dimerahkan mukanya..dewa GuanYu atau Kuan Yee dan menjadi Dewa Perang bagi mereka.Di hadapan dewa Guan Yu mereka telah bersumpah..dengan diketuai oleh sami Siu Lam iaitu ketua perang mereka untuk menyimpanrahsia pergerakan mereka dari diketahui oleh kerajaan Manchuria dan bersumpah dengan titisan darah mereka sendiri sebagai bukti. Untukmemudahkan pergerakan , mereka bergerak dengan menggunakan bahasa isyarat atau bahasa bisu. Matlamat mereka ialahmenggulingkan kerajaan Ching atau Manchu dan menaikkan kerajaan Ming ke takhta.Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yangditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannyadengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). OrangCina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialahGhee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates andRobbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong LimaBeradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yangasalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, HongKong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagaiidola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".SEJARAH “36 “ : ANTARA PERJUANGAN ISLAM DENGAN KONGSI Jika dalam perjuangan Islam , maksud 36 diambil dari Surah Yaasin iaitu surah ke 36 dalamAl-Qur’an , dari manakah pula asal nombor 36 dalam Kongsi ? 36 yang merujuk kepada perjalanan Kongsi ( Dikatakan 36 merupakan kongsi yang merangkumi pelbagai kod nombor kongsi yang lain seperti 04 , 08 , 108 , dan lain-lain yang mana kongsi terbesar dalam 36 adalah kongsi 360.Sejarah yang mengaitkan nombor 36 dengan masyarakat Cina adalah sejarah Maharaja Cina yang pertama iaitu Shih Huang Ti. Setelahberjaya menyatukan rakyat China , Shih Huang Ti telah membahagikan negara China menjadi 36 Wilayah. Dari sinilah dikatakan asalbermulanya nombor 36 dalam sejarah Kongsi.Dikatakan juga bahawa Maharaja Shih Huang Ti merupakan penganut agama Tauhid yang mengEsakan Allah, Pada masa itu belum wujudperkataan agama Islam kerana Rasulullah belum lagi dilahirkan dan syariat agama Islam pada masa itu tidak sama dengan ajaran AgamaIslam sesudah kedatangan Rasulullah S.A.W. Sebab itulah tercatat kenyataan bahawa Shih Huang Ti telah membakar kitab-kitab ajaranConfucius. Inilah serba sedikit tentang perkaitan antara perjuangan Islam dengan kongsi di dalam merujuk permasalahan 36.

BAB 3 : PERJUANGAN PUTIH 30 DAN PERJUANGAN MERAH 36 DALAM MASYARAKAT MELAYU Setelah kita mengetahui secara ringkas mengenai perjuangan 30 dan 36 yang sering dikatakan perjuangan putih dan merah dalam masyarakat Melayu , maka kini sampai masanya kita mengetahui kebenaran di dalam memperjuangkan kedua-duanya.Baik putih atau merah , kedua-duanya merupakan MEDAN DAKWAH yang amat berkesan untuk mengembalikan masyarakat ke arahkebaikan sesuai dengan slogan “ AMMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR “ yang membawa maksud mengajak untuk melakukan perkarakebaikan dan meninggalkan perbuatan-perbuatan Mungkar.Sering terjadi masalah perselisihan pendapat dan buruk sangka kepada perjalanan Merah. Ramai yang mengatakan perjalanan Merah inimerosakkan akhlak muda mudi kita… Benarkah begitu ? sebenarnya kenyataan ini amatlah SALAH !!! apakah kerana terdapat segelintir ahli-ahli perjalanan Merah atau Kongsi ini yang terlibat dalam kes-kes mungkar seperti minum arak , berzina dan pelacuran , hisap dadah sertapelbagai lagi kes yang lain , kita terus menuduh bahawa ahli-ahli perjalanan Merah semuanya adalah samseng dan perosak. Jadi bagaimanapula dengan ahli-ahli perjalanan putih yang melakukan hal yang sama ? bukan sedikit ahli perjuangan putih 30 yang minum arak , berzina ,hisap dadah dan sebagainya. Mengapa pula mereka tidak dilabelkan sebagai perosak ? sebab itulah , sebenarnya baik putih atau merah ,Dakwah yang sebenar adalah dalam diri sendiri. Bukan dari warna perjuangan atau perjuangan apa yang dibawa. Selagi hatinya baik ,maka baiklah segala perjalanannya , walaupun dia berjalan di dalam KONGSI atau perjalanan Merah…PERSOALAN MENGENAI ‘ADIK-BERADIK’ BANGSA ASING ( BUKAN ISLAM )Sering juga terjadi penghinaan kepada mereka yang berjuang dalam perjuangan Merah kerana mempunyai ‘adik-beradik’ yang bukanIslam, contoh yang jelas dalam perjuangan sekarang ini adalah adik-beradik dari kaum Cina dan India serta lain-lain yang dikatakan kafir.Untuk menjawab persoalan ini , mari kita semak terlebih dahulu tentang pembahagian orang Kafir dalam pelajaran Islam.Secara dasarnya orang kafir terbahagi kepada 4 , iaituOrang-orang kafir yang haram untuk dibunuh adalah tiga golongan:1. Kafir dzimmi (orang kafir yang membayar jizyah/ufti yang dipungut tiap tahun sebagai imbalan bolehnya mereka tinggal di negeri kaummuslimin)2. Kafir mu’ahad (orang-orang kafir yang telah terjadi kesepakatan antara mereka dan kaum muslimin untuk tidak berperang dalam kurunwaktu yang telah disepakati)3. Kafir musta’man (orang kafir yang mendapat jaminan keamanan dari kaum muslimin atau sebagian kaum muslimin)4.Sedangkan orang kafir selain tiga di atas yaitu kafir harbi, itulah yang boleh diperangi.Nah , sekarang sudah jelas , ada 3 golongan kafir yang DIHARAMKAN untuk dibunuh seperti yang dinyatakan di atas ini yang mana jika kitalihat dengan teliti , ketiga-tiganya ada dalam istiadat Kongsi. Timbul pula persoalan , kenapa mereka boleh menjadi ‘adik-beradik‘?MasyaAllah , tidak kah kita ingat bahawa kita ini semuanya berasal dari Nabi Adam A.S. Apakah bangsa Nabi Adam ? jika kita mengatakanNabi Adam itu berbangsa Arab , maka kenapa kita pula berbangsa Melayu ? apakah kita berasal dari jenis manusia yang selain Nabi Adam ?Sudah tentu jawapannya tidak…. Yakinlah bahawa kita semua berasal dari Nabi Adam A.S dan soal agama atau Hidayah Allah itu , biarkanAllah yang mengaturnya seperti yang termaktub dalam Surah Al Kafirun , Bagi Kamu agama Kamu , bagi Kami agama Kami.Oleh itu , janganlah kita terlalu Asshobiyyah atau terlalu mementingkan perkauman sehingga nilai-nilai kemanusiaan terluput dari hatisanubari kita. Ingatlah bahawa Hidayah Allah itu bukan milik kita , bersangka baiklah pada sesama manusia kerana mungkin hari ini kitamelihat orang asing itu hina kerana mereka bukan beragama Islam , tapi bagaimana pula jika pada masa akan datang mereka itu mendapatHidayah dari Allah dan hidayah kita yang sering menghina mereka ini pula ditarik oleh Allah….Nauzubillahi min zalik…. Jangan lupa ,terdapat juga orang Melayu yang Kafir dan jangan lupa , antara Muslim yang teramai di dunia adalah Masyarakat Cina…sebenarnya kita sendiri yang membahagi-bahagikan bangsa kita ini sedangkan pada awalnya kelahiran Nabi Adam A.S tidak pernah wujud bangsa yang dikatakan bangsa Arab , Melayu , Cina , India , Pakistan dan lain-lain…. Fikir-fikirkanlah

BAB 4 : PERSAMAAN CARA DAKWAH ALIRAN PUTIH DAN ALIRAN TUBAN DITANAH JAWA DENGAN PERJUANGAN PUTIH 30 DAN MERAH 36 Antara cara dakwah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W adalah dengan cara Hikmah atau Bijaksana. Disebabkan itu , terjadi 2pecahan cara menyampaikan dakwah Islamiah di Tanah Jawa yang dipelopori oleh Wali Songo.Aliran Putih yang dipelopori oleh Sunan Giri dengan dokongan kuat Sunan Ampel dan Sunan Drajat menggunakan sepenuhnya ajaranIslam yang dilakukan di Tanah Arab tanpa ada tolak ansur atau kompromi , contohnya semasa kenduri tahlil tidak boleh memasang asapkemenyan dan setanggi , tidak boleh berhibur dengan bunyi-bunyian selain gendang dan sebagainya. Alliran ini sangat susah diterimamasyarakat Jawa ketika itu kerana masih kuat berpegang dengan cara-cara Hindu dan Buddha.Manakala Aliran Tuban diketuai oleh Sunan Kalijaga dan disokong oleh Sunan Bonang , Sunan Muria , Sunan Kudus dan Sunun Gunung Jatiturut menyebarkan dakwah dengan kaedah Aliran Tuban. Aliran Tuban ini merupakan kaedah menyebarkan dakwah dengan bijaksanaselagi tidak Haram di sisi agama Islam seperti yang dilakukan Sunan Kalijaga ketika kenduri tahlil , beliau menggunakan setanggi dan asapkemenyan. Apabila ditanya oleh para wali yang lain dari aliran Putih mengapa beliau berbuat demikian sedangkan Rasulullah tidak pernahmelakukannya , dengan selamba Sunan Kalijaga menjawab “ Bukankah Rasulullah menganjurkan wangi-wangian dan asap dari setanggiitu mengeluarkan bau yang harum “. Sebenarnya ini hanyalah helah dan teknik dari Sunan Kalijaga untuk menarik masyarakat Jawamendekati Islam. Begitu juga dengan muzik gamelan yang mampu menarik orang Jawa dikala itu mendekati setiap upacara ceramah yangdisampaikan oleh Sunan Kalijaga. Malah , pakaian beliau sendiri adalah pakaian Jawa , tidak seperti wali yang lain yang memakai jubah danserban. Sebab itulah , beliau lebih mudah didekati dan dakwah beliau lebih berkesan berbanding wali yang lain.Hasil dari penyebaran dakwah yang bijaksana ini , aliran Tuban lebih diminati dan lebih disenangi oleh masyarakat jawa dan kesannyaIslam telah berkembang dengan begitu cepat sekali.ALIRAN TUBAN DAN PERJUANGAN MERAHSamalah seperti aliran Tuban tadi , perjuangan merah sebenarnya adalah untuk berdakwah dengan lebih mudah dan bijaksana kepadakaum kafir atau bangsa asing. Begitu juga untuk menarik anak-anak muda yang telah rosak akibat pergaulan bebas seperti meminumarak , berzina dan sebagainya , maka ahli-ahli perjuangan Merah lah yang lebih mudah untuk menarik mereka ini kembali ke jalan yangbenar kerana ahli-ahli perjuangan Merah ini berdakwah dengan pakaian dan cara yang sama seperti mereka. Jika kita berpakaian jubah danberserban , apa mungkin kita boleh memasuki pub-pub , disko dan kelab-kelab malam untuk berdakwah ? jawapannya pasti tidak.Sedangkan pada masa yang sama , ramai anak-anak muda kita yang perlu diselamatkan berada di dalam pub , disko dan tempat-tempatmaksiat yang lain. Oleh itu , hayatilah perjuangan merah ini dengan sebenar-benarnya.Apa yang penting di dalam berdakwah ini , prinsip yang wajib dipegang adalah HARAM TETAP HARAM….walaupun perjalanan merah ini secara zahirnya terlibat dalam pub , disko dan sebagainya , namun tidak sekalipun perbuatan HARAM itu dihalalkan…jika ada yang melanggarnya , itu adalah disebabkan nafsu sendiri dan bukan melibatkan perjuangan merah ini.

(11)

majlis sambutan Aidilfitri * * ppld gabungan & persilatan *

majlis sambutan Aidilfitri  PPLD gabungan persilatan pada 15.6.2019 semoga ukhwah dan silaturahim sesama kita kekal hingga ke akhir hayat...